THE AL-CHEMIST

perjalanan dan penjelajahan fikiran menuju yang pasti....

Tuesday, September 10, 2024

Nota Pedoman Sembahyang Berjemaah 002

Sembahyang berjemaah disyariatkan selepas Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Di Madinah, keadaan umat Islam lebih bebas berbanding semasa di Mekah sebelum hijrah. Pensyariatan sembahyang berjemaah ini khas untuk umat Nabi Muhammad sahaja, sama seperti pensyariatan Solat Jumaat dan Solat Dua Hari Raya.


Hukum Solat Berjemaah.
1. Pendapat Imam Rafi'i - Sunat Muakkadah (sunat Muakkad) - sunat yang sangat digalakkan. Tuntutannya di bawah sedikit daripada tuntutan wajib. Solat berjemaah ini sunat muakkad 'aini (sunat muakkad ke atas diri seseorang). 
2. Pendapat sesetengah ulamak - Sunat kifayah (sunat yang dituntut ke atas sekumpulan manusia, jika telah dilakukan oleh segolongan maka terangkatlah tuntutan sunatnya)
3. Pendapat sesetengah ulamak - Fardhu 'Ain (fardhu yang dituntut ke atas diri seseorang)
4. Pendapat Imam Nawawi - Fardhu Kifayah. dan Inilah pendapat muktamad dalam mazhab Syafie.



Untuk melepaskan daripada tuntutan Fardhu Kifayah bagi solat berjemaah:
- mestilah solat jemaah itu dilakukan di tempat yang khas (Masjid/Surau/Musolla/Balai Sah).
- jika kampung kecil, cukup satu tempat.
- jika kampung besar, mesti di beberapa tempat (contohnya satu di Masjid, dua surau) yang mana jika ada musafir lalu di kampung tersebut, musafir tadi dapat jumpa masjid/surau yang diadakan solat jemaah di laluannya.

Kalau solat jemaah dilakukan di rumah-rumah sahaja, bukan di tempat khas untuk solat jemaah (Masjid/surau), maka tidak terlepas tuntutan Fardhu Kifayah Solat Jemaah di kampung tersebut.

Kalau orang kampung tersebut degil tak mahu solat jemaah di masjid/surau sehingga tiada terangkat tuntutan Fardhu Kifayah Solat Jemaah di kampung tersebut, maka pemimpin kampung tersebut atau wakilnya wajib ambil tindakan. Selain daripada pemimpin kampung itu sendiri atau wakilnya (eg: ketua kampung sebelah) tak boleh ambil tindakan.

No comments: